Apr 28, 2011

Makhluk Allah Yang Sentiasa Berzikir

Assalamualaikum^_^
Pernahkah kita tertanya-tanya, mengapakah apabila kita masuk ke hutan belantara, kita berasa segar.
Mendengar kicauan burung, deruan ombak, deruan air sungai, hempasan air terjun, deruan bayu menghembus dedaunan serta, apabila mendengar suara unggas dan serangga, kita berasa tenang.

Ketahuilah, bahawa semua makhluk Allah itu sedang bertasbih memuji Allah SWT..Itu adalah kerana mereka semua itu sedang berzikir (zikrullah), bertasbih memuji Allah, kerana itu jika kita mendengarnya maka jiwa kita pun turut merasa ketenangannya.

“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al Hasyr : Ayat 1)

Berbeza jika kita ke kawasan yang kita mendengar hiruk pikuk manusia memuji makhluk, manusia memuja manusia, memuja harta, pangkat dan kekayaan.
Juga ketenangan ketika berada di majlis manusia memuji Allah SWT. Apabila kita ke tempat-tempat yang mendamaikan ingatlah, kita menumpang istirehat dengan makhluk Allah yang tak pernah berhenti zikirnya.
Hendaklah kita memperbanyakkan bertasbih memuji Allah Swt.Zikir yang paling mudah untuk diamalkan ialah tasbih Siti Fatimah iaitu:
Subhanallah,Alhamdulillah,Lailahaillallah dan Allahuakbar dibaca sebelum tidur malam, kelebihannya ialah Allah SWT akan beri kekuatan pada kesokkan harinya.Jika sentiasa dibaca lagi bagus. Tasbih ini Rasullullah telah ajar kepada puterinya Siti Fatimah untuk menampung kerja2 harian yang perlu dibuat oleh beliau. Semoga kita dapat amalkan.

4 Pemisah Kata:

Ibnushukran said...

betul 2 cik.. kita masuk hutan atau tmpat pakok2 kita akn rasa tenang .. mereka tanpa jemu berzikir kpd Allah swt.. rasa teruk plak kita,zikir xdapt nk jadi bahan di mulut kita ni.. harap zikir dapt mmbasahi bibir kita ni hari2 .. :)

mykhalis said...

mak khalis bela kucing kat rumah banyak2 pun sebb dia brharap kalau kita layan baik kucing2 nie, mereka akan mendoakan kita..

CikTeddyCorner said...

@pakcik khalis kat umah cik ade kucing ngan kura2..cik slalu borak ngan cik Qu..huhu ngan kucing x blh sngt sbb dieorg nakal sngt..

CikTeddyCorner said...

@ibnushukran tu la psal,kita ni susah sngt nk brzikir..kalo lagu cepat je ingt kan?kdang2 malu ngn dri sndri