Apr 9, 2011

Pesanan Nabi Sebelum Tidur


assalamualaikum semua..sebelum cik buat entry,cik nak mohon maaf pada semua yang sudi tinggalkan link dekat shoutbox cik..cik tak sempat nak lawat korang semua..dua hari yang lepas,line internet rosak jadi cik tak dapat nak buat sebarang entry,harap maaf.Ok,untuk kali ini cik nak kongsikan sesuatu..'pesanan Nabi sebelum tidur'. Sebenarnya cik terbaca artikel ni semasa cik tengah online Fb cik..yang dikongsikan oleh Leklu Media.
Sekadar ingat mengingati..SEBELUM Tidur.
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah..Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"Rasul tersenyum dan bersabda: "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim,Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi
walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )
Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

2 Pemisah Kata:

. said...

akan mencuba sebelum tidur. :) terima kasih!!

CikTeddyCorner said...

same2..:0