Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Tidak pada kulitnya mulus menggebu
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa dunia
Tidak kerana bijak meruntuhkan iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat pejuang agama
Menjadi penunjang perjuangan syuhada
Tidak menjerat diri pada lembah kederhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula
Bukan hanya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta
Bukan kerana kemewahan dimata
Menjadi penghibur hati permata kehidupan
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian
Tidak kerana berjaya menjadi permaisuri istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati membahagi kasih setara pada semua
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pembimbing
Menjaring teladan para anbiya pada anak bangsa
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan harta negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoan
Tetapi dalam mencari ilmu
Menyala obor mewangi setinggi profesi
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi fitnah
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Dibalik tirai jiwa
Menggenggam rindu kekasih pasrah di atas sajadah
Mengharap keredhaan kehidupan dunia akhirat..
9 Pemisah Kata:
wanita mmg cantik jika berlandaskan syariat islam yg sebenar :)
hiasan dunia plg indah
wanita memang ternyata cantik... memang hiasan dunia yang sempurna...
(panda tu menarik perhatian.. XP)
cantiknya sajak mnggambarkan cantiknya wanita.. :)
assalam..
salam ziarah..
yea wanita tersgt cntik n sempurana....
bersyukur dilahirkan sbg wanita..
hehhee
cantiknya wanita si perhiasan dunia :)
seindah wanita adalah wanita solehah :)
nice!
p/s : tapi wanita alien lagi cantik :P
ade ke? gurau jek, haha XD
cantiknya wanita..nnt buat ttg lelaki pulak boleh?hehe
Post a Comment