Jul 5, 2011

Sekadar Perkongsian Bersama Kamu Yang Dikasihi#2

Assalamualaikum^_^
Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. 
Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat.Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.
Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana.

6 Pemisah Kata:

Falcoa wa ! said...

suke bace entry nieh...Terima kasih...

Bunga said...

Alhamdulillah..dapat sedikit imu..tq.>:)

Nizam Ijam said...

suka2 :)



Saya pakai domain baru dan nak buat bloglist jom join ramai2
saya hilang bloglist sebelum nie...
Segmen Mudah-Jom Join Bloglist Nizam Ijam

CikTeddyCorner said...

@Falcoa wa ! same2..^_^

CikTeddyCorner said...

@bunga alhamdulillah^_^

CikTeddyCorner said...

@Nizam Ijam insyAllah ijam..nnti cik dtg..