Jul 12, 2011

Sekadar Perkongsian Bersama Kamu Yang Dikasihi#4

Assalamualaikum^_^
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali -Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) -Bukhari
Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepassolat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.
Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
CERIA SOKMOLAH

4 Pemisah Kata:

Bicara Bisu said...

assalam....
betul2....
bgus entry nie...
semoga semua yg bcb mengamalkannya....

Bicara Bisu said...

assalam....
betul2....
bgus entry nie...
semoga semua yg bcb mengamalkannya....

Alif Haris said...

semoga mnjadi pedoman dan pegangan buat kita bersama ^^

thanks cik teddy hehe

CikTeddyCorner said...

Amin!^_^