Jul 16, 2011

Oh Air Mata!

Oh air mata,
mengapa begitu mudah mengalir?
untuk perkara yang tak seberapa..
aliranmu bak sungai mengalir..
menghiasi pipi gebu..
mata membukit..
rona merah kelihatan di wajah..
mengapa sayang...mengapa?
oh air mata,
apakah sebegitu murah hargamu?
tittisanmu tak dapat aku tahan..
mengapa?
aku letih untuk menangis tetapi kau tetap mengalir..
oh air mata,
aku harapkan agar kau tidak dibazir..
aku harapkan titisanmu dapat menyelamatkan aku dari azab akhirat..
bukannya sia-sia atas kekecewaan kerana cinta insan..

2 Pemisah Kata:

Gary Asip said...

bersyukurlah sebab tangisan yang menitis tuh menunjukkan hati kita x keras & sentiasa bersedia menerima hidayah Allah~.. =)

CikTeddyCorner said...

alhamdulillah..