Jul 17, 2011

Bismillah Kunci Pintu Ke Syurga

‎Assalamualaikum^_^
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Pada malam perjalananku ke langit,diperlihatkan kepadaku semua syurga.Maka aku melihat empat macam sungai:Sungai Air,Sungai Khamar,Sungai Susu,dan Sungai Madu.Lalu aku bertanya kepada Jibril; "Dari mana air ini bersumber dan ke mana ia mengalir?"

Jibril menjawab: "Mengalir ke kolam Al-Kautsar,tetapi aku belum mengetahui dari mana air ini bersumber.Cuba ku tanya dahulu dengan Tuhanmu."

Kemudian datanglah seorang malaikat dan berkata kepadaku: "Hai Muhammad,pejamkanlah matamu!"Tiba-tiba aku berada berdekatan sebuah pohon bersebelahan sebuah Kubah yang terdiri dari Mutiara Putih,pintunya dari yakut hijau dan kuncinya dari emas merah.Jika dunia dan seisinya diletakkan di atas Kubah ini,akan seperti burung yang hinggap di atas gunung atau telur yang diletak di atas gunung.

Aku melihat sungai-sungai itu mengalir dari bawah Kubah tersebut.Ketika aku hendak kembali,berkatalah malaikat tersebut menyuruhku memasukinya.Aku bertanya: "Bagaimana aku boleh masuk,sedangkan pintunya terkunci?"

Berkatalah malaikat tersebut: "Kuncinya berada di tanganmu,iaitu lafaz Bismillahirrahmanirrahim"

"Maka aku mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim.Tiba-​tiba terbukalah pintu Kubah itu dan masuklah aku kedalamnya.Maka aku menyaksikan dari keempat sudutnya mengalirnya keempat-empat sungai itu.Ketika aku hendak pulang,maka malaikat itu menunjukkan aku tulisan Bismillahirrahmanirrahim tertulis di atas sudut-sudut Kubah itu.
Aku menyaksikan bahawa Sungai Air bersumber dari Mim lafaz Bismillah,Sungai Susu bersumber dari Ha lafaz Allah,Sungai Khamar bersumber dari Mim lafaz Arrahman dan Sungai Madu bersumber dari Mim lafaz Arrahim.Maka tahulah aku bahawa sumber-sumber sungai itu dari lafaz Bismillahirrahmanirrahim."

Kemudian Allah SWT berfirman: "Hai Muhammad! Barangsiapa dari umatmu yang menyebut nama-nama ini,akan Ku beri minum dari sungai-sungai ini".
Dipetik dari buku MALAM PERTAMA DISYURGA..
piala emas untuk--> Srikandi Islam

4 Pemisah Kata:

Alif Haris said...

mulakan segala pekerjaan dgn bismillahirrahmanirrahim :)

insyaAllah rahmat ALlah itu sntiasa melimpah utkye

Ibnushukran said...

masyaAllah besarnya fadhilat bismillah.. smoga dapt kita amalkan sllu.. :)

Gary Asip said...

perkataan yang simple tetapi fadhilat yang besar...
remaja sekarang lebih suka mencaci daripada mengucapkan bismillah walaupun cacian itu lebih panjang ungkapannya~.. =(

Bicara Bisu said...

assalam..
alhamdulilah..
mlakan semuanya dgn Basmallah...