Jun 23, 2011

Blogger Si Penyibuk

Assalamualaikum^_^
apasal cik cakap blogger tu penyibuk ek?korang rasa korang ni penyibuk ke?boleh la tahan.. 
cik pernah baca satu entri daripada seorang blogger jugak..dia tanya,korang berblogging ni tambah pahala ke dosa?terfikir jugak cik..blogging2 jugak..dosa pahala?kena kira jugak..
katakan lah korang ni sibuk sangat duk jaga tepi kain orang sampai kain sendiri pun tak sedar carik..
cerita sana cerita sini pasal orang..amboi2,sodapnye hang kan!
bulan lepas kalau tak silap cik,ramai betul blogger bercerita pasal Adinda Evans.korang kenal tak?kalau kenal,mesti korang tahu kan..kalau tak kenal,takpe la..tak perlu tahu..nanti cik pulak dikatakan mengumpat.
masa tu hampir setiap blog yang cik lawat,ada je cerita pasal Evans ni..terbuka jugak hati nak lawat dia..
adoi,kesian jugak..dia tertekan weh..kalau la korang berada di tempat dia..amacam?memang dia sendiri yang membuka pekung di dada tapi kita yang lain tak perlulah jaja lagi..cukup sampai di situ..kalau boleh nasihat dia kan bagus..seorang bloggers tak semestinya perlu menjaja cerita orang untuk dapat publisiti murahan dan trafik yang melambak..cerita2 artis la dan macam2 lagi..
bagi cik,blog yang macam tu tak menarik kot..maaf jangan la sibuk duk bukak aib orang,aib sendiri?
Dari Ibnu Umar radhiallahuanhu berkata, Rasulullah SAW menaiki mimbar lalu berkata dengan nada suara yang tinggi, lalu bersabda, Wahai manusia yang masuk Islam dengan lisannya, dan tidak memasukkan iman (sepenuhnya) dalam hatinya, janganlah mencerca muslim lain, jangan memalukan mereka, jangan mencari keaiban mereka, kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari keaiban saudara seislamnya, maka Allah akan turut menuruti keaibannya, dan siapa yang Allah turuti keaibannya, akan dibukakan walaupun dalam tempat persembunyiannya..
Oleh itu janganlah sibuk duk bukak aib orang lain..takut diri sendiri pulak yang malu..
~sekian~
jejarimenari-->maaf kalau ada yang tak suka..sejahtera semua

4 Pemisah Kata:

Cik Wedges said...

entry yang baik...bermuhasabah diri bersama2x.. :)

CikTeddyCorner said...

yup,muhasabah di petang hari^_^

K said...

hehe, kena tengok niat la jugak. lau duk maki hamun tu memang tak baik lah.

lagipon si adinda evans yang bukak aib dia sendiri :)

CikTeddyCorner said...

tahu tp xyah la sibuk duk jaja lagi..cukup smpai disitu sudaa..^_^