Jun 5, 2011

Untukmu Wanita Yang Ku Kasihi(1)

Assalamualaikum
Peringatan buat muslimah

1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
3. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
4. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
5. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
6. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
7. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
8. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
9. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
10. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

4 Pemisah Kata:

Srikandi Cinta said...

Nice info :) smoge kte menjadi seperti yg diharapkan.. di bawah lembahyung dan rahmatNya.. BTW dtg sini dr sgmen smggu 100 follower.. follow sini :)

qamarguyz said...

salam ziarah..
pemuda ley baca juga kan?
huhu..moga ditemui wanita yG dicari..
syukran

CikTeddyCorner said...

qamarguyz: blh aje..moga2.amin^_^

CikTeddyCorner said...

srikandi cinta: terima kasih..amin^_^