Jun 11, 2011

Selangor Maju,Sejahtera(jadi idaman)

Assalamualaikum^_^
untuk pengetahuan semua,cik telah menyertai satu pertandingan SELANGOR IDAMANKU!
harap sahabat blogger cik boleh membantu.
macam yang korang semua tahu Malaysia merupakan negara yang sedang membangun,jadi Selangor tak ketinggalan dalam kemajuannya sebagai salah satu negeri dalam Malaysia. Apa tidaknya,sebuah litar telah dibina di Selangor yang dinamakan sebagai Litar Antarabangsa Sepang yang digunakan untuk perlumbaan Grand Prix A1, Grand Prix Motosikal dan perlumbaan Formula Satu. Litar ini terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 60 km di Selatan Kuala Lumpur.Litar ini telah direka oleh pereka dari Jerman, Herman Tilke yang juga telah mereka litar untuk Shanghai, Bahrain dan Turki.
Selangor juga mempunyai lebih daripada 259 buah masjid dan 939 buah surau yang membolehkan para penduduknya senang untuk mendekatkan diri kepada Allah malah untuk melakukan pelbagai aktiviti lain yang bermanfaat.Kewujudan masjid dan surau tersebut memudahkan para musafir yang melawat ke negeri Selangor.Antara nama2 masjid tersebut ialah Masjid Jamek,Masjid Pekan Morib,Masjid Tebuk Pulai dan sebagainya.
Selangor juga mempunyai 7 lokasi hartanah terbaik iaitu:
1. Bandar Seri Putra, Bangi
2. Denai Alam, Shah Alam
3. Cahaya SPK, Section U9, Shah Alam
4. Sunway Damansara, Petaling Jaya, SE
5. Bukit Jelutong, Shah Alam
6. Bandar Kinrara, Puchong
7. Subang Bestari, Shah Alam
Kerajaan Selangor juga telah menjalankan ‘Operasi Selangor Prihatin Masyarakat’(OPS SELAMAT) setelah berlakunya kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat pada 21 Mei lalu.Usaha ini juga membantu untuk mengembalikan semula kesejahteraan penduduk kawasan tersebut.
~Sekian~
sumber2:
lupa nak bagitau,tolong vote cik jugak,http://selangoridamanku.com/votes?cat=1&sort cari cikteddycorner.blogspot.com/ tau!kalau x jumpa klik category secondary school students,pastu sort by highest votes dan klik filter..vote boleh?sayang semua^_^
p/s:harap korang tak kisah dengan karangan di atas^_^

2 Pemisah Kata:

~~su manje~~~ said...

selangor maju...........

tgh promote blog baru ..kalau ada kelapangan dan sudi nak explore blog sumanje...disini

kaninchengeschichte(dot)com

Thanks sudi singgah......

Cik Teddy said...

ok..jgn lupe undi ye^_^