Jun 2, 2011

Ramuan Cuci Dosa

Assalamualaikum^_^
cik harap semuanya sihat2 belaka deh..hari ni cik nak kongsi sedikit ramuan la ye tuan2 dan puan2 tentang cara nak cuci dosa..sebelum tu,ramuan ni bukan ck buat sendiri..
tapi daripada para alim zaman Rasulullah s.a.w dahulu kala..nampak tak cik tulis ape tu?
Rasulullah s.a.w..amboi,ringankanlah bibir anda untuk selawat ke atas baginda..^_^(cik pun).
Hassan al-Basri bertanya pada seorang tabib tentang ramuan mencuci dosa..jawabnya:
Ambillah akar kayu faqir dan akar kayu tawaduk dan campurkan
dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha, dan giling sampai halus 
dengan batu qana'ah(menerima dengan cukup).
Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa dan tuangkan ke dalamnya air haya'(malu).
kemudian didihkan dengan api mahabbah(cinta). selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
dan kipaskan dengan kipas angin Roja'(harapan).
kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.
Jika engkau perbuat semua itu,maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungimu
daripada semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat.
InsyAllah^_^.
sumber--->iLuvislam

2 Pemisah Kata:

acai5097@gmail.com said...

perkongsian yg baik,.semoga sama2 dpt manfaat

CikTeddyCorner said...

terima kaseh acai^_^