Jun 6, 2011

Untukmu Wanita Yang Ku Kasihi(2)

Assalamualaikum^_^
entry ini adalah sambungan entry untukmu wanita yang ku kasihi(1)
11. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
12. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
13. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
15. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
16. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
17. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
18. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
19. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
21. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Hadis nabi mengenai wanita:
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
sumber: Srikandi Islam

4 Pemisah Kata:

ejulz said...

gud info.. :)

CikTeddyCorner said...

thanks ejulz

mOon EyEzS said...

...mOon sentiasa berusaha utk berubah jadi wanita yang baek2....

CikTeddyCorner said...

yeah..btol tu mo0n cantek!