Assalamualaikum~
Leman seorang pemuda yang dilahirkan sebagai bayi albino dan hidup sebatang kara setelah kematian ibu bapanya tapi dia tidak pernah merungut tentang itu.Baginya,semua itu adalah kehendak yang Maha Pencipta.Leman bekerja sebagai kerani di salah sebuah syarikat ternama namun dia sering dibuli oleh bos dan teman sekerjanya.Layanan yang diterima tak ubah seperti orang gaji.Herdikan dan cacian umpama melodi hariannya yang tak jemu-jemu berkumandang.
Botak: Woi,Leman!Bos panggil masuk pejabat.
Leman: Ada ape ye?Kenapa saya dipanggil?
Botak: Pergi jelah,bodoh! Hish,bengap betul budak albino ni..
Diketuk lembut pintu pejabat Encik Adudu.
En Adudu: Masuk.Ha Leman,tolong buatkan saya air kopi satu.
Leman: Er..baiklah tuan. (kopi yang diminta siap dibancuh)
En Adudu: Kopi ke arang awak bagi saya minum ni? Pahit!! puih! Bodoh punya pekerja.Aku upah kau suruh buat kerja elok-elok.Dasar bengap! Albino pulak tu.Aku ambik kau kerja pun sebab aku kesian,kalau tak..
Leman: Saya tahu salah saya,tuan.Saya mintak maaf..saya..
Belum sempat Leman meneruskan kata-katanya,air kopi yang dibancuh ikhlas tadi disimbah tepat ke muka Leman.Habis basah bajunya yang sedia lusuh itu.Pedih kulitnya kerana panas air kopi tersebut.Menitis air matanya diperlakukan begitu..
En Adudu: Dah!Mulai hari ini awak dipecat.Saya tak mahu tengok muka awak lagi.Dasar tolol! Suruh buat kerja sikit pun tak boleh.Mak bapak kau bagi makan tahi ke masa kecik hah?
Leman: Terima kasih,tuan..Saya hargai jasa tuan selama ini..
Leman melangkah pergi dalam kesedihan.Apalah nasibnya selepas ini.Dia hanya berserah kepadaNya.
Leman: Ya Allah,kenapa aku dicaci sebegitu rupa?Salahkah aku jika aku seorang albino.Ya Tuhan,kejamnya mereka padaku padahal aku tidak pernah menyakiti mereka.Mengapa mereka melayan aku sebegini rupa?Hina sangatkah hamba,ya Allah..?Ya Allah yang Maha Mendengar,dengarlah rayuan hambaMu ini..Tunjukkanlah kebesaranMu kepada mereka!
Keesokkan harinya Leman dikejutkan oleh deringan telefon dari Botak mengatakan Encik Adudu tenat di hospital akibat serangan angin ahmar dan ingin bertemu dengan Leman.Sampai saja di hospital,Leman bergegas menuju ke arah Encik Adudu yang terlantar sakit.Mulutnya senget,sebelah matanya tidak dapat dicelik.
En Adudu: Le..leman..sa..sa...say..saya.. ma..mahu..aw..awa..awak.
Leman: Mengucap,tuan.Biar saya ajarkan.
En Adudu: Ta..ta..tak..sya..syarika..syarikat.. aw..awak..pu..pu..punya..
Encik Adudu menghembuskan nafas yang terakhir.Peguam Encik Adudu sempat menangkap apa yang diucapkan Encik Adudu.Begitu juga isteri Encik Adudu.Leman menitiskan air matanya.Terasa baru semalam Encik Adudu mengherdik dan menghinanya.
Peguam: Syarikat Adudu Holdings kini milik awak.Saya percaya Encik Adudu mahu awak menguruskannya.
Leman: Ta..tapi..saya..
Isteri En Adudu: Kami takde anak.Awak ambil alihlah syarikat itu.Saya percaya,suami saya berkehendak sebegitu.Saya akan bantu awak sebagai penasihat.
Peguam: Betul tu.Saya sempat berborak semalam dengan Allahyarham.Katanya menyesal dengan layanannya terhadap awak selama ni padahal awak pekerja yang baik dan jujur.
Dalam hati,Leman bersyukur.Tak disangka nikmat yang dikurniakan Allah lebih besar daripada penderitaan yang dihadapi selama ini.Alhamdulillah~
Sekian.klik
SINI plak..Terima kasih sudi membaca ^_^
p/s: Kalau aku hantar esei ni kat cikgu,agak2 cikgu bagi gred ape ek?hehe Walaupun cerita ini rekaan,harap takde la yang bersikap macam Encik Adudu tu ye :)