Jan 5, 2012

Patung Yang Diharamkan & Dibolehkan

Assalamualaikum~

Kita sememangnya tahu bahawa tidak boleh menyimpan patung berbentuk manusia atau binatang dalam rumah.Tapi macam mana pula dengan replika robot pelbagai saiz yang menjadi kegilaan baik anak kecil mahu pun orang dewasa? 

MENYIMPAN patung berupa manusia selain daripada tujuan permainan adalah haram.Sebagai contoh, patung yang diperbuat daripada tanah liat atau kaca untuk dijadikan perhiasan.Ini termasuk patung yang menggambarkan amalan sesuatu rakyat yang sering dibeli untuk dijadikan cenderamata yang diletakkan dalam almari perhiasan.

Perbuatan ini jelas dicela oleh Allah SWT seperti dalam surah al-Anbiya ayat ke-52 yang menceritakan mengenai pertanyaan Nabi Allah Ibrahim terhadap ayah dan kaumnya yang menyembah berhala:
Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya:“Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?”

Muhammad Ali al-Sabuni menjelaskan dalam Rawai’ al-Bayan sebab Islam mengharamkan berhala disebabkan ia ‘dien tauhid’ yang memusuhi perbuatan syirik.Sehubungan itu, mengadakan patung amat ditentang kerana ia adalah jalan yang menyebabkan manusia syirik kepada Allah SWT.

Menurut pengarang kitab Rawi’ al-Bayan fi tafsir ayat al-ahkam minal Quran, ada patung yang dibenarkan oleh Islam iaitu:
 Apabila tidak membabitkan struktur badan sempurna.Ini satu kemudahan untuk kedai menjual pakaian supaya dapat meletakkan patung yang tidak mempunyai anggota badan sempurna untuk tujuan memperagakan pakaian.

 Ia bukanlah merujuk kepada manusia dan binatang.Contohnya pokok, sungai dan robot. Ini disebabkan kejadian atau ciptaan seperti ini dibenarkan oleh Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dalam penjelasannya, yang bermaksud:“Jika anda terpaksa membuat lukisan, maka lukiskan gambar pokok, dan apa yang tidak mempunyai roh…(muttafaq ‘alaihi).

 Ia adalah permainan yang dimiliki oleh anak-anak,terutama anak perempuan. Ini berpandukan sebuah hadis riwayat Muslim bahawa isteri Nabi iaitu Aisyah dikahwini baginda pada usia tujuh tahun dan Nabi SAW mula tinggal dengannya pada usia sembilan tahun dalam keadaan beliau masih lagi bermain dengan teman-temannya iaitu anak patung.Jadi kesimpulannya,memiliki patung untuk anak perempuan dan robot yang menjadi koleksi anak lelaki atau golongan dewasa adalah diharuskan.Cuma hendaklah mengelakkan pembaziran.
sumber <<
Wallhualam.
Aku cuma berkongsi.Jika masih keliru,rujuklah pada ustaz dan golongan yang lebih mengetahui.
Salam Jumaat! SINI <<
dari abang Apit..hehe

33 Pemisah Kata:

EnciK AxixOu said...

nasib dlm blik xde ptung2 yg tsebut..thx 4 sharing..hee

Niahix_01 said...

wah... terima kasih sebab kongsi... hehe... tmbah sikit ilmu... ^_^

Unknown said...

klu anak patung mainan anak2 x pa kan

aReLaN said...

banyak patung gundam kat rumah.hehehe...time kasih for sharing

Kakzakie Purvit said...

Anak kakak perempuan memang suka bermain anak patung dan peralatan memasak. Kalau ada masa lapang selain membaca novel anak patung juga jadi sasaran mereka bermain....

Unknown said...

okay noted. thanks cik teddy, hehe alhamdulillah. :D

lady L said...

eit . hehe . ngada kan nak sebok kat comment . haha .follow~

Unknown said...

Thanx atas mengkongsiannya..amat bermakna..=))

tirahzairi said...

perkongsian yg bgs...keep it up...huhu

MalizaMah said...

melukis gmbr manusia dgn penuh juga haram.... ada pensyarah sy bgtahu.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

thanks sharing!

CikTeddyCorner said...

@Alieza Dayasari oh ya?trime kseh bgtau ^^

iAmCekbolat said...

bolat ade teddybear >_<

khairulsyarafi said...

superFi pun ader teddy bear..muahahaha!!!...giler tak!!!

Ckin Kembaq said...

sy tak simpan anak-anak patung ni ..sebab tak dibiasakan..hehe sekadar tengok dan suka2 dlm kedai ..nak beli, jauh sekali.. ^_^

Ckin Kembaq said...

sy tak simpan anak-anak patung ni ..sebab tak dibiasakan..hehe sekadar tengok dan suka2 dlm kedai ..nak beli, jauh sekali.. ^_^

amirahyusoff said...

bgau entry ini.Menghilangkan segala was2 saya pasal patung2 ni :D

atiqah zamri said...

thanks 4 da info.. :)

kim heeruul said...

kira patung robot gundam diharuskan la yerk..
thankz 4 the info..

H.K.L said...

ada teddybear tapi tak rajin main >.< tapi sayang nak buang~

Cik tikah said...

kalau patung cik tikah itu utk dibawa teman tidur, boleh x eh?

MalizaMah said...

terus teranglah kan... liza mmg tgh sabar ni cik teddy.
ikutkan dh meletup dah dibuatnya..
sbb 1 jer.. liza tak kacau hidup dia... dan dia jgn kacau hidup liza..

apa perasaan cik teddy.. kalau dikata : tak ada adat, tak sopan.. tak budi bhs, sedangkan cik teddy sbnrnnya x suka org tu, dan kalau jumpa cik teddy mmg tak nk tgk dia apa lagi bertegur...

Juliet_iRa~" said...

nsb baik patung mainan xpe..:)

Zehan Ilyana said...

saya sangat banyak anak patung masa kecik2 dulu...
skrg ni je dah kurang ckit..dah besar..:p*ye sgtla tu da besar*
:)

Waroenk Bersama said...

haram hukum nye, nyimpan patung dirumah atau yang buat patung, bakal di azab di api neraka


seraaaaammmmm

Waroenk Bersama said...

haram hukum nye, nyimpan patung dirumah atau yang buat patung, bakal di azab di api neraka


seraaaaammmmm

Waroenk Bersama said...

haram hukum nye, nyimpan patung dirumah atau yang buat patung, bakal di azab di api neraka


seraaaaammmmm

MalizaMah said...

itusahaja cara nya... liza kena sabar jer lah gamatnya skrg ni.

actually dia bekas mak angkat liza... hbgn yg terjalin agak complicated...

sedih tu sgt mdlm...
tp nk uat mcm mana........

Anonymous said...

era ade banyak anak patung . tapi, adik eralah yang main . era mane main . dah besar . hehe :D

> dah dengar pasal benda ni . rasanya ustazah kot yang cakap .. :)

Nizam Ijam said...

family sy mmg xkasi men patung2 nie

zahidahwahid said...

thank for sharing...sekarang ni dah tak suka patung...teddy bear yang orang bagi semua masuk dalam kotak je....

Unknown said...

Jadi mainan ultraman bandai ialah patung atau tidak?

Unknown said...

Sib baik diharuskan.. selamat action figure megatron aq😂