Dec 5, 2011

Meniti Perubahan Hakiki

Perubahan dan hijrah mesti dilakukan seperti berikut:

Daripada jahil ilmu
Daripada ragu-ragu yakin
Daripada mazmumah mahmudah
Daripada malas rajin
Daripada negatif positif
Daripada liat terdidik
Daripada berpecah berukhuwah
Daripada fikiran tertutup keterbukaan minda
Daripada mengumpul dosa mengkhazanah pahala

Penuhkanlah hati dengan himpunan keinsafan.Lemaskanlah jiwa di tasik kesedaran.Titipkan pertanyaan-pertanyaan yang menerjah kealpaan lantas dan tanyalah diri:

 Adakah aku telah melakukan tuntutan hijrah yang sebenarnya?
 Adakah aku terus selesa pada takah diri yang tidak ada anjakan dan pendakian?
 Adkah aku akan terus membusuk umpama air yang tersekat lantaran perubahan yang tidak aku lakukan?
 Adakah aku telah bersedia untuk bertemu saat kematian dalam iklim hati yang sentiasa suram dan berjerebu?

Ya Allah,jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam dan
jadikanlah hari esok lebih baik dari hari ni..Amin ya rabbal alamin
Ustaz Rujhan 

3 Pemisah Kata:

MaYa MustWany said...

emm bagus entry..^^

asyrafNAKjadiLEBIHbaik said...

entry tazkirah yg amat baik.thanks

to my blog - Acapsuur (>,<)

kim heeruul said...

gua pon rasa diri gua blom hijrah lg.
nice entry.