Dec 22, 2011

Mungkin..Namun,Cukuplah..


Mungkin aku tak sebaik mereka
Mungkin aku tak secantik mereka
Mungkin aku tak sekaya mereka
Mungkin aku tak sebijak mereka

Tak siapa pedulikan aku
Tak siapa ingatkan aku
Tak siapa ingin tahu pasal aku
Tak siapa ingin membela aku

Kerna aku sememangnya begini
Kerna aku bukanlah mereka
Kerna aku adalah diriku
Kerna aku hanya ingin dipandang tinggi oleh Nya
alone, cute, girl, photography, pretty
Bukan pujian yang ku pinta
Bukan sanjungan yang ku dambakan
Bukan perhatian yang ku inginkan
Bukan,semuanya bukan jika sekadar dari kamu..

Namun aku juga manusia
Namun aku juga insan sepertimu
Yang terkadang resah dek sekeliling
Yang terkadang menyalahkan yang tidak sepatutnya

Apa lagi yang aku inginkan?
Apa lagi yang kau mahukan?
Apa lagi yang aku harapkan?
Apa lagi yang kau rintihkan?

Cukuplah segalanya..
Cukuplah wahai semua..
Cukuplah....

- khadijah

11 Pemisah Kata:

JR said...

Cukuplah apa yg ada
kerana semakin kita mengejar
semakin kita rasa banyak kekurangannya
hingga akhirnya kita letih dan menggelupur
dalam keletihan sia-sia...

kim heeruul said...

cukup la dengan apa yang kau telah lakukan..
eh tersambung plak. hihi

eva said...

tersirat tersurat..
biarlah apapun yang terjadi aku tetap aku.. heee

u will be oke dear..jgn sedih ;)

Anonymous said...

Emo btol ayat2 diatas..
Ehh segmen blogger korea?
Org melayu leh join ke?

aamalinaazman said...

^______________^

indahnyeeee kata!

MalizaMah said...

1000 jejak melangkah... nk pinjam ayat ni jap...
100 jejak melangkah.. belum pasti kutemui jawapan yang pasti...
singgah usha iklan churp2 n says juga..
udah diklik.

Zehan Ilyana said...

kadangkala...
ingin saja cakap, cukuplah dengan segalanya..
tapi, rahsia Allah siapa yang tahu?

T.T
smile, cik teddy~ *_^

Balqis Azhar said...

^^v

cik teddy,
nice poem !

alin said...

just be yourself..puas hati.. :)

ila said...

segmen blogger korea?

ermm stuju dengan ayat2 di Atas.

cukupla kite dipandang tinggi denganNya

Juliet_iRa~" said...

opss ira terus cari tarikh lahir ira xprasan tu la segmennya..heee ;p

kita cuba menjadi y tbaik..tp xboleh puaskan hati semua orang kan..

just be the way u are..