Dec 19, 2011

Tips Memudahkan Pengunjung Blog Anda

Assalamualaikum and a very pleasant day everyone!

Cik Teddy nak kongsi tips sikit dengan kamu semua la(skema tak?).Anyway,Cik Teddy pun masih baru dalam dunia blog(tak sampai setahun lagi noh) tapi biarlah Cik Teddy nak kongsi kan?Ilmu harus dikongsi kan?hehe..Kali ni tips supaya pelawat blog anda gembira!wee~

Berat Blog
Berat blog sememangnya memainkan peranan penting.Yela,kalau blog berat sampai jenuh tunggu nak loading,siapa nak tunggu?Ye ke idok?Well,penantian satu penyeksaan kan?Banyak benda yang boleh pengaruhi berat blog korang.Nanti aku cakap ek.Sebelum tu,cuba check berat blog korang kat iWebtool.Faham2 la apa yang ditulis kat situ ye :)

Lagu.Perlu ke Tak?
Kalau pada pendapat aku la kan,aku rasa tak perlu la lagu ni even aku buat tutorial untuk youtube player berwarna tapi aku tak galakkan letak sebab kadang2 menyerabutkan.Well,laptop kita2 semua dah ada lagu.Satu lagi,pening jugak nak baca entri,lebih2 lagi entri yang agak panjang.Ada lagu pulak tu?Memang serabut.Lebih2 lagu kalau lagu yang korang letak tak kena dengan jiwa pembaca.Kalau aku pun,aku blah.

Widget: Yang penting & Tak Penting
Biasanya newbie memang mengalami keadaan ni.Excited nak letak banyak widget.Jam,kalendar,gambar entah apa2..Weh,semua tu aku dah ada la.Kat laptop aku ni pun boleh tengok la jam berapa.So,cara terbaik,buang la ye :) Widget2 tu sume menambahkan berat blog je.Orang pun jadi menyampah.Pening2..huhu

Kotak Follower
Ini satu lagi..Letak kotak follower tu atas sikit ye!Tolong la jangan letak kat footer.Tu la footer,bawah sekali pulak tu.Haih..penat aku scroll sampai bawah.Korang ni nak aku follow ke tak?Jauhnya letak kotak tu.Jadi sesape yang rasa blog dia macam tu,masanya untuk ubah kedudukan kotak terpenting tu ye :)

Ruang Komen
Ha,inilah elemen penting dalam blog.Blogger datang nak baca dan komen!Ruang komen tu tolonglah buat pop up ye!Dan yang paling penting buang semua word verification(pengesahan kata)..Memang spoil mood kalau ade benda ni.Tak tahu nak buat macam mana?Ikut Tutorial Ini.

Post per Page
Ini pun penting jugak.Berapa post nak letak dalam satu page ek?1 atau 2 pun dah ok.Tapi kalau satu post dalam satu page lagilah bagus.Cepat loading!Aku pun senang hati~ Tak tahu nak setting macam mana?Ikut Tutorial Ini.Dan kesannya blog anda akan lebih ringan,aku tak payah scroll banyak2.hehe

Layout blog
Layout(susun atur) pun penting ye duhai kawan2 semua!Kalau boleh pilih la yang terbaik.Korang suka tak layout blog aku ni?hehe.Aku rasa nilah layout terbaik dan kebanyakan blogger memang memilih layout ni.Sedap mata memandang.Kemas.Korang boleh ubah diruangan Design->Template Designer->Layout.

Welcome Note
Hoh!Benda yang paling aku tak suka nih!Banyak betul pak guard sebelum nak masuk blog,Tekan ok la,masuk nama la..macam2.Well,korang nak bagi aku masuk ke tak?Aku rasa welcome note tu tak perlulah even benda tu sangatlah comel.Dulu masa mula2 buat blog aku pakai jugak tapi tak sampai pun sebulan.Aku sendiri naik menyampah lorh~Hello!Aku jenguk blog hang..aku nak masuk baca dan komen.Takyah la ucap welcome sebab blog tu pun boleh dilawati oleh sesape je.Jadi tak perlu ok!Tapi blog GG ringan je even pakai jugak welcome note tu..GG,buang la ye :)Penat cik nak tekan..hehe

Warna,Font & Alignment
Warna yang korang guna setiap kali menaip entri.Warna terbaik hitam la kalau blog anda cerah dan sebaliknya.Korang pun boleh tengok kan,mata korang sedap tak nak baca entri yang korang buat tu.Jangan guna terlalu banyak warna dalam entri ye..Oh,thanks to PM sebab tegur warna blockquote cik hari tu.Masa tu cik masih edit template baru(denim).Tulisan pula jangan terlalu kecik dan tak terlalu besar.Korang tengok yang sesuai ok?Dan tolonglah jangan guna tulisan macam cacing.Faham tak?Ala..yang susah nak baca tu sebab kecik dan macam rambut kena bakar.hehe bak pepatah melayu,tulisan cakar ayam.Alignment pulak.Gunakan yang justify ok!Lebih kemas.Aku pun masih praktik ni.Terkadang lupa.Dalam gambar kat bawah Justify tu yang paling kanan bukan yang warna kuning tu ye!

Ehem2..penat deh nak taip.Aku rasa cukup untuk kali ni.Kalau ada lagi,nanti lain kali pulak eh..Huh,penat2!kalau ada yang terasa tu,harap diampun.Cik Teddy cuma berkongsi ye *kelip2 mata*
Ok la Assalamualaikum dan selamat beramal ye semua!
Need a Euro trip?here <<

30 Pemisah Kata:

ain soofiyah said...

nice post.. setuju 101%

A'ishah Kamaludin said...

Thanks cik teddy for this gud tips. terkena gk sesiket. yelah, duk syok sendiri je wt blog x terfikir lak psl benda2 ni ;p

Gadis mutiara_Solehah said...

Tq 4 de tips^^

CAYANG ALIN said...

Kiter day try yang entry per page tu..huhu emmang ringan..thanks for the info ya.oh ya..saya suka blog kamu..sebab dia kemas..

Aini Mohamad ♥ said...

Betulla apa yang Cik teddy cakap ni . Hihi .

fafthin said...

oo.. tengs sbb bgtau. rse byk yg terkena batang hidung sendiri. hehe. na cube la ikut. :DD

Pendamba Mawar said...

wah tips..nice la cik

Halimaton Saadiah Ngah Latip said...

terbaik la cik teddy

Miss Xyz said...

haha, nsib baik sye punya blog ikut smua piawaian pemilihn cik teddy.. eceh piawaian.. haha XD


nice tips, trutamanya tuk yg newbies.. ;)

Tyyra Lambert said...

nice tuto !

Tyyra Lambert said...

saya punya blog 73.11 KB

berat ke ?

khairul said...

abg pon x suka blog yg ada welcome note ...btw..blog abg berat x siti ?

mizz.miza said...

my blog is >> 1

qasehkuwardah.blogspot.com 190.55 KB 0.73 seconds
0 seconds

hehe...erm... nak cari the best lay out kat mana erk..??

khairul said...

terima kaseh siti..abg baru ubah follower tu keatas skit....cm siti kata tu :)

Juliet_iRa~" said...

hehehe ;p

blog ira ada lagu...huu

tp ira kalo bw, mmg tutup sound..:)

Alieza Dayasari said...

Betul... sebenarnya kan... blog kena sedap mata memandang. tak berwarna cukup sesuai utk baca sudah lah... warna tu penting.....
huhu....

Alieza Dayasari said...

Bangkir ... saya salah eja.. sepatutnya bangkit.
hihi..
thx u.

Mizz ErMa said...

alamak..kena renovate blog la macam nie..ke blog sy da okay? hehe

Rosalia said...

bgs2 :D like

miSpYeja said...

kalau macam blog saya cm na pulak ???

Nadrah Zulkifly said...

Nice tips. Kebanyakan yang Cik Teddy cakap memang betul.

Nadrah Zulkifly said...

Nice tips. Kebanyakan yang Cik Teddy cakap memang betul.

starzieti said...

wah, kene dekat dahi sendiri. saye mmg suke letak lagu n tulisan centre. pasni kene tukar la. tengs unt nasihat ini. :)

kim heeruul said...

gua rasa blog gua ok kot. keh keh keh..

aReLaN said...

membalas ziarah.thanks for the tips.hehehe...seyes tensen kdg2 ble bkk blog ade lagu.tmbh lk klu lagu yg xkena ngan mood.perghh..mmg trus tutup la jwbnya

Warna Warni Kehidupan said...

si setuju dengan semua yang di atas :P

Qil_H0shi said...

sngt xsuke n0 1.2 n 4 :)

Nur Syazana said...

thanks for the tips :D betul tu. sokong sesangat :D

Anonymous said...

A really good post. I'm glad that there are still people who share fresh and intresting ideas. sildenafil citrate

Fatin Farhana Binti Ramli said...

setuju tu .. kadang kadang penat menunggu .. loading lebih .. lagi lagi letak lagu ..