Dec 8, 2011

cerita blog aku: Blogging Itu Bodoh!

Terkadang jiwa rasa tertekan..itu biasa! Tapi apabila mula melibatkan orang lain,aku tak rasa itu sesuatu yang bagus.Jiwa yang tertekan biasanya syaitan akan mudah dekat dan itu sangatlah tidak bagus untuk aku dan mereka.Ya,itu tidak bagus! Mungkin aku perlu buat postmortem balik tentang blog aku ni.Entah,sejak kebelakangan ni aku rasa tak suka dengan blog ni.Aku bosan tengok kau duhai blog!

Aku tulis,tulis dan tulis.Aku taip,taip dan taip.Aku post,post dan post.Aku edit,edit dan edit.Mereka baca,baca dan baca.Mereka komen,komen dan komen.Mereka singgah,singgah dan singgah.Dan aku mula bosan dengan norma ini.Bila aku fikir balik apa tujuan aku berblogging..aku mula speechless.Aku buat blog ni pun secara tak langsung.Ayah aku pasang internet kat rumah dan aku dapat laptop pun secara free.

Sejak tu,aku mula melayari internet.Ya,aku mula kenali dunia IT.Aku buat semua ni sorang2.Aku belajar sorang.Ya,aku dibantu oleh sifat ingin tahu aku yang membuak-buak.Aku sangat suka mencuba benda baru dan aku suka try and error.Sejak tu pulak,aku mula sibukkan diri dengan coding2 dalam blog ni.Mula2 aku rasa geram sebab aku tak faham!Sungguh aku tak faham sepatah haram pun kod2 tu semua.Aku benci tapi aku buat jugak dan aku berjaya.Aku gembira!

Tapi apa aku dapat.Ya,aku dapat kepuasan bila aku buat apa yang aku suka!Berkenalan dengan orang yang berblogging membuatkan aku teruja untuk terus berblogging.Dan aku mula ada tujuan yang agak jelas walaupun blog ini sebenarnya diari harian aku tapi sejak ramai yang dah mula tahu blog ni,aku dah delete semua diari2 yang aku buat dulu.Dulu aku tak pandai bab setting2 ni semua jadi mungkin ada yang dah terbaca diari aku dulu sebab takde privasi.Aku dah tak kesah semua tu!Benda dah lepas,buat apa aku nak sesakkan kepala aku kan?

Dah kemudian aku mula tahu pasal nak buat duit dalam dunia blog.Aku mula bingung dengan kehadiran Nuffnang.Apa kau ni nuffnang?Aku tak suka ar kau!Aku beralih pulak pada Churp2.Burung siapa pulak yang masuk dalam blog aku ni?Pembela burung ni pun memandai je lepaskan burung biru ni masuk ke blog aku.Lantak kau la kan.Tapi bila aku check..eh duit siapa pulak dalam churp2 aku ni?Ok aku dah mula suka pada CHURP CHURP. Jangan salahkan aku kerana aku pernah anggap berblogging adalah satu kerja BODOH!Itu masa mula2 aku kenal dunia blog.Biasa la.Semua orang ada pandangan masing2.Kemudian aku sedar bahawa blogger itu adalah pendakwah!Jadi aku mahu berubah menjadi lebih baik jadi aku cuba sebarkan entry2 yang berunsur keagamaan.Aku harap apa yang aku baca dan aku sebarkan melalui blog ni dapat memberi manfaat untuk aku dan semua.Amin!

Oh aku mula rasa entry ini panjang..mungkin aku akan sambung pada lain kali.Ada ke yang baca semua ni?Tak apa la..aku tak kisah asalkan blog CIKTEDDYCORNER masih beroperasi walaupun perasaan bosan mula terbit dari hati aku.Aku mula rasa takde jiwa nak menulis.Aku tak suka dengan keadaan seperti ini.....CHURP2  bagi aku tugasan baru.Nak skodeng ke?Entah la..pasal Gecko Dashboard Manager.Apa tu?
Dan ini pulak everything about YUNA.
 Blog Yuna 

Last and very the end  PESANAN DARI SPR.

4 Pemisah Kata:

Pendamba Mawar said...

blogging tu apa?hehe

Unknown said...

troskan la berblog sbb blog nie tempat kte nak sharing2 info ke, pengalaman ke..blog awk dh chanteq..bg sy la, klu x rajen update x pe..jgn buang tros sude..hihi

kim heeruul said...

churp2 nie tak best bab suruh org tolong click.. menyampah.

Anonymous said...

Keep going on! I really like the way you express your opinion on this topic! kamagra oral jelly