Ayat 12 menjelaskan tentang peribadi Luqman al-Hakim. Berdasarkan ayat ini Luqman dikatakan seorang yang sangat bersyukur kepada Allah s.w.t.
Ayat 13 menceritakan cara Luqman memberi pendidikan kepada anak-anak tentang bahaya syirik. Beliau berkata : "Hai anakku, Janganlah kamu mempersekutukan Allah,sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
Ayat 14 memerintahkan setiap orang anak mesti berbuat baik kepada kedua orang tua.
Ayat 15 menjelaskan dengan lebih lanjut tentang ketaatan kepada orang tua yang harus dilandaskan oleh ketaatan kepada Allah s.w.t. dan kewajiban mengikuti jalan orang-orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah s.w.t.
Ayat 16 Luqman mengingatkan kepada anak-anaknya bahawa Allah s.w.t. akan membalas semua perbuatan manusia.
Ayat 17 Luqman menyuruh anak-anaknya menegakkan solat, mengerjakan amal makruf nahi mungkar dan bersabar di atas segala musibah yang menimpa diri.
Ayat 18 Luqman memperingati anak-anaknya supaya tidak bersikap angkuh dan sombong iaitu memalingkan muka dari manusia kerana sombong dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh.
Ayat 19 bersikap pertengahan atau sederhana dalam segala hal dan berakhlak yang baik seperti sederhana dalam berjalan dan lunakkanlah suara.(Al-Quran dan terjemahannya, 1412H)
Secara keseluruhan nasihat Luqman merangkumi kesempurnaan beragama,
kepercayaan kepada hari akhirat dan keutamaan akhlak mulia. Penjelasan ayat di
dalam surah Luqman menunjukan Allah s.w.t. juga menyeru supaya setiap ibu bapa
mencontohi Luqman yang memiliki kesempurnaan peribadi dan pendidikan Islam. -Assalamualaikum wbt-
1 Pemisah Kata:
nice... surah Luqman..
salah satu ayat hafazan ni.hehe
Post a Comment