Dec 31, 2011

Contest Blog Paling Cun

here..hear! <<
Assalamualaikum!

Mengeluh..mengeluh!Kena join contest ni disaat gua takde mood nak join contest @ segmen.haha Ops!Tersilap bahasa pulak.Sejak bila aku pakai 'gua'..Krisis identiti aku makin teruk. >.<

Actually,aku telah ditag oleh 3 gadis ayu yang bergelar Izzati, Alifah dan Nabilah.Ayoi!Kalau korang nak join jugak,boleh la klik SINI << Peraduan kali ni dianjurkan oleh lelaki yang bernama Muashari.
peraduan ni ditutup pada 15 Januari 2012.

Tagging time(selalu aku pening):

Here,Hear!

I posted these sentences,continuously on my FB..Some of my friends like them.But I'm not very sure they can understand all of these..How about you?Read my story-status below but seriously you would never understand my real story even you know the words meaning.

its a story..to lullaby u..here,hear!
black and white, book, openme

once upon a time,she walked alone at the lake..

out of the blue,she found something like a piece of burnt paper in the dirty old bottle..

she opened it slowly but eagerly wanna know what is written..

there are words..but she just couldn't understand them..how poor~

so she just walked again..continue..away and away..

tired,she sat..breathing in..hmm,so calm to be here..-she said.

suddenly she could see someone..not so far from where she sat..someone is blubbering(not sure)...

that someone was he..

then she sings a melody(insane)..as she could understand his mourns..

'is there anyone out there cares about me'?-he voiced out


yes i guess so..-she's telling lie

-hey,would you lie to him that you care?(whatever)

'oh cruel..cruel night!'-he's crazy

he thought she was his only friend..

he died..(for no reason)

she found comfort in his hand..

she slept there with his dead body..(crazy woman,indeed)

the she smiled to greet her dreams..

tearing sleep with agony rains and chalky streams

so hard to find the lights as she struggled badly..

'wake up lazy girl !! its morning already..'


and this is how this untitled 'stapen' ended..
thank you ♥
&lt;3, art, black, blau, dark
p/s: you'll never understand
p/s 2: aku tak check grammar..so,biarkan mereka hancur~
this hurted heart gonna bo0m!

Dec 30, 2011

Selamat Datang,Sayang~

Assalamualaikum!

Dugaan sepanjang tahun 2011 dah pun aku tempuh.Yang paling besar,SPM.Korang doakan cik ye!
Sempena tahun baru yang bakal mencelah tak lama lagi,aku cuma mengharapkan yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya.InsyaAllah!
Harapan itu sentiasa ada,nama pun kehidupan.Kalau takde harapan,hati pun tak hidup..Walaupun aku tak suka buat target tapi azam untuk jadi yang lebih baik tu sentiasa berdegup.
Never let go of hope. One day you will see that it all has finally come together. What you have always wished for has finally come to be. You will look back and laugh at what has passed and you will ask yourself... 'How did I get through all of that?' Well,hope is the dream of soul awake.

Trust yourself !Allah will always be with you and me..Tak lupa pada yang dikasihi,si Hong Ki budak jambu,kenangan yang tercipta pada 2011 akan terus dibawa ke tahun2 berikutnya.Yang kat bawah ni,gambar aku dengan Ki pergi bersiar-siar menjelang tahun baru.^_^

credit this cute lovely doodle to Kak Saba! Sayang Kak Saba lebih !hehe..jangan lupa follow kak Saba tau! Ok la,till the next post,salam kasih dari Cik Teddy! To 2012,selamat datang sayang!

Dec 29, 2011

Don't Let Me Fall

Tidak salah rasanya sekiranya patik ingin melayan jiwa bahagia sekali sekala..Alhamdulillah!Thank Allah for this happy feeling..Dear you,all I wanna say are in this song..


Underneath the moon,underneath the stars
Here's a little heart for you
Up above the world, up above it all
Here's a hand to hold on to
But if I should break, if I should fall away
What am I to do?
I need someone to take a little of the weight
Or I'll fall through
You're just the one that I've been waiting for
I'll give you all that I have to give and more
But don't let me fall
Take a little time, walk a little line
Get the balance right
Give a little love, gimme just enough
So that I can hang on tight
We will be alright, I'll be by your side
I won't let you down
But I gotta know no matter how things go
That you will be alright
You'll be the one that I'll love forever more
I'll be here holding you high above it all
But don't let me fall
apa?aku pun ada hati..aku tak boleh serius all the time..ouh,ini bukan Cik Teddy :) Assalamualaikum!

Dec 27, 2011

Waktu Bahaya Untuk Jantung ~

Waktu Bangun Dari Tidur
Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 40% pada waktu pagi,ini kerana sebaik bangun dari tidur, tubuh merembeskan adrenalin dan lain-lain stres hormon, meningkatan tekanan darah dan permintaan terhadap oksigen. Pada waktu ini juga darah di dalam badan kita pekat dan sukar untuk dipamkan kerana tubuh separuh terhidrat. 
Waktu Pagi Isnin/Ahad
Sekitar 20% serangan jantung berlaku pada pagi Isnin/Ahad mungkin kerana berasa stress dan murung untuk kembali bekerja.

Waktu Makan Berlebihan
Kajian menunjukkan hidangan kaya lemak dan karbohidrat mengecutkan salur darah menyebabkan darah mudah bergumpal.

Waktu Dalam Tandas
Meneran semasa qadha hajat (buang air besar) memberi kesan kepada dada,melambatkan pengaliran darah ke jantung.

Waktu Melakukan Aktiviti (yang tidak biasa dilakukan)
Hormon stres naik mendadak mengakibatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat.

Waktu Bimbang Dan Runsing

Rasa bimbang yang ekstrem meningkatkan tekanan darah,kadar degupan jantung dan paras hormon adrenalin.

-Sekadar pengetahuan untuk dikongsi bersama.Jadi,amalkan cara hidup sihat dan sentiasa cuba untuk bertenang ye! Setiap gambar diatas ada rahsia tersendiri..kih3
Jom klik churp2 Cik Teddy jap kat SINI << korang boleh ukur berat badan seimbang tau!Siap ada doodle free gitu..cuba la ^_^

Promosi Hebat: Tempah Free Banner!

Assalamualaikum!

Cik Teddy nak buat promosi sikit hari ni.First of all,ada perasan apa2 yang lain tak dekat blog ni?Blog yang selalu berubah-ubah design.hehe InsyaAllah,Cik Teddy takkan ubah apa2 dah lepas ni.Perubahan yang pertama,blog ni dah ada chatbox baru aka Fibox.Aku syorkan korang pakai ni.Buang cbox yang menyusahkan tu.hehe Yang kedua,blog ni dah ada banner la..Tak perasan ke? *kesian aku*
tadaa! lawa tak?gerak2..aku suka!
takyah pedulikan muka aku tu ye..

Lawa la sebab bukan aku yang buat.Aku tak pandai buat banner ni semua.Banner ni ialah hasil tangan kreatif dari Cik Nadrah.Klik nama Nadrah untuk ke blog Nad.Yang bestnya Nadrah tengah buat promosi untuk buatkan banner secara PERCUMA!!See? PERCUMA!Korang taknak ke?Rugi la korang..CEPAT sebelum tawaran ditutup.Bagi yang belum ada banner untuk blog tapi teringin nak ada banner sila ke SINI sekarang!Jom tempah cepat sebelum terlambat ye :) Cik Teddy dah dapat satu..huhu

dah ada banner nanti,guna TUTO dari Nad ni untuk letak..
Ok,tata sume ^_^

p/s: siapa yang belom cik kunjung balas,jangan risau..esok aku akan serang korang..nak tidur la dulu,penat la katakan.hehe Jangan segan2 tinggalkan link anda untuk diterjah di ruangan komen @ Fibox ye :)

Dec 26, 2011

Kakiku Lebih Bersih Dari Mukamu

Assalamualaikum..
Ini ada satu kisah yang secara tak sengaja dibaca oleh Cik Teddy.Lalu aku rasakan alangkah eloknya untuk dikongsikan bersama kamu.Moga memberi pengajaran ~

-Situasi dalam sebuah pesawat.
Kebanyakkan penumpang pesawat tersebut ialah mereka yang sedang perjalanan pulang ke tanah air selepas mengerjakan umrah.

Dalam pesawat tersebut berlaku satu peristiwa di mana seorang pramugari ternampak seorang pak cik sedang membasuh kakinya di sinki di dalam tandas yang kebetulan lupa di tutup.

Pramugari: Pak cik tolong jangan basuh kaki di dalam sinki.Sinki untuk basuh tangan dan muka, bukan untuk basuh kaki yang kotor tu.Bersopan lah sikit pak cik!

Pak cik: Baik puan, maafkan pak cik.Tapi boleh pak cik tanya sikit?

Pramugari: Apa dia?

Pak cik: Puan,dalam sehari berapa kali puan basuh muka puan?

Pramugari: Saya basuh muka tiap tiap hari sekali selepas bertugas sebelum tidur.

Pak Cik: Make Up yang puan pakai di muka puan jenama apa?

Pramugari: (Dengan bangga) Kami pramugari semua pakai jenis jenama yang terkenal dari Peranchis.

Pak Cik: Puan, kalau begitu kaki pak cik ni lebih bersih dari muka puan.

Pramugari: Eh! pak cik jangan merepek.

Pak cik: Pak cik tak merepek tetapi ini kenyataan.Pak cik cuci kaki sekurang kurang nya 5 kali sehari sebelum solat.Sedangkan puan cuci muka hanya sekali sehari.Jadi di antara kaki pak cik dengan muka puan yang mana lebih bersih? Lagi pun puan guna make up jenis yang tak suci lagi tak halal ertinya bernajis.Maka memang layak muka puan yang bernajis tu di basuh guna mangkuk tandas ini aje.

Pramugari tak terkata, malu,geram, lalu beredar.

Apa kah iktibar dari kisah ini?Korang nilailah sendiri :)

Wallhu’alam.

sumber <  

Segmen Bloglist X-Change dan Review Ur Blog

Assalamualaikum!
Tak jawab dosa,kalau jawab sayang!
okeh curik ayat Maria Elena kejap.

Sebelum tu kalau korang nak ukur berat badan,boleh pergi SINI,siap ada doodle lagi tau!Okeh,malam ni pada pukul 8.31,hari Ahad aku nak join dua segmen sekaligus.hehe Bukan bermakna aku ni tamak tapi dah penganjurnya buat macam tu,aku ikut jela.Ke salah ni?Aku lantakkan saja..Lagipun penganjurnya berkias dengan Cik Teddy.
Says: Kalau rajin-rajin sudi-sudi lah join segmen "Bloglist Xchange" and "Review Ur Blog" dari Kiz kayh. Ececeh..Cik Teddy da faham dah.Cik Teddy join la ni.
Segmen ni macam tajuknya la.Korang perlu letakkan link penganjur dalam bloglist.Kalau takde,buat la satu.hehe Cik Teddy dah letak Kiz's Garden dalam Lovely Stalked.
Yang ini pulak Kizz akan pilih 2 blog untuk direview setiap minggu secara rawak.Kizz akan review blog yang join mengikut kategori berikut:
a. Blog Design ( design blog korang )
b. Blog Content
c. Cara penulisan

Ok dah.Jom la join ramai2,kita kasi gegar segmen dari Kizz ni ye.Tekan SINI <<

Dec 25, 2011

I Talk About Snob~

-Assalamualaikum-

Orang sombong memang tidak selalunya orang yang kaya,pintar ataupun orang yang tampan.Yang jelas ciri orang yang sombong tidak lain adalah:
 Mendustakan kebenaran
Ciri yang pertama sudah jelas, kita adalah orang yang sangat sombong jika tidak mahu mengakui kebenaran.Bahkan bisa jadi kemudian kita malah mencipta kebohongan untuk menutup kebenaran.Ingat, sekali berbohong maka kita akan terus berbohong,lagi dan lagi..

 Memandang rendah terhadap orang lain
Ciri yang kedua mungkin seringkali kita pandang remeh.Menganggap diri kita lebih tinggi darjatnya berbanding orang lain.Tidak pandai menghargai orang lain,dan tanpa sedar kita bisa melukai hati dan perasaan orang tersebut.

Rasulullah pernah bersabda:
"Tidak akan masuk syurga,barang siapa yang dihatinya ada kesombongan,ketakaburan walau sebesar zarah". (Al Hadist).

Sombong seseorang itu menghakis sifat kasih dan mesra kepada orang lain.

Sombong seseorang itu menghilangkan rasa hormat pada orang lain.
Sombong seseorang itu melahirkan kebencian dari orang lain.
Sombong seseorang itu menghapuskan kecintaan kepada Yang MAHA ESA.
Sombong seseorang itu boleh membenamkannya ke dalam api neraka.
 
sumber <<

p/s: Wahai diri, janganlah sombong tingkah dan sombong bicara, Kerana ia merugikan kamu dan dimurkai Allah.Diri juga yang binasa.Sama2 lah kita perbaiki diri :)

Him or Her?u decide here <<
Yuna
Help Yuna here <<
walk to remember

Dec 23, 2011

10 Pintu Syaitan Untuk Menggelapkan Hati

1. SYARHUL THAA'AM
gemar kepada makan atau makan terlalu banyak.

2. SYARHUL KALAM
gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.

3. GHA'DHAB
bersifat dengan sifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.

4. BUKHL
bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.

5. HASAD
dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan, melebihi dari dirinya.

6. HUBBUL JAH
cintakan kepada kemegahan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.

7. HUBBUN DUNYA
cintakan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.

8. KIBR
bongkak atau sombong, dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain.

9. UJUB
merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah banyak harta sehingga ia terlupa segalanya, adalah nikmat dari Allah.

10. RIYA'
menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya, beramal untuk mendapat pujian dan sanjungan untuk dipandang mulia oleh manusia bukan kerana Allah.
sumber <<
p/s: Semua perkara di atas boleh menggelapkan hati daripada menerima hidayah dan barakah dari Allah.Sama2 jauhi :)

Yuna
Looking for what?here <<
10000 steps <<
I want u! << 

Quran Verses On Saturday #3

Assalamualaikum and a very pleasant day everyone!

I supposed to update about Quran Verses today but maybe we can recite dhikr together.Spend your time to remember Allah..If Allah can loves us,why don't we do the same?


Ketahuilah ada 5 kebaikan dalam Zikir :
~Mendatangkan Ridho ALlah

~Menjaga diri dari bisikan syaitan
~Melembutkan Hati yang keras
~Menambah ketaatan kepada ALlah
~Mencegah manusia melakukan perbuatan maksiat

Yuna
Looking for what?here <<
10000 steps <<
I want u! <<

Paling Teruk Di Dunia!

Assalamualaikum!

Di saat aku menulis entry ini,aku baru pulang dari makan malam yang paling teruk!Memang pengalaman paling 'indah' dalam hidup aku selama 17 tahun.Aku pun macam orang lain jugak,paling membenci menunggu.Betul la kata orang,penantian itu satu penyeksaan!

Aku ni bukannya apa,kalau bab complain mengcomplain ni aku memang jarang la even aku memang cerewet memilih tempat makan.Tapi restoran ni,aku tak tahu nak cakap la.Memang tak profesional.Bayangkan aku sampai pukul lapan,tunggu punya tunggu..dah sejam dah ni.Perut aku ni dah menyanyi lagu screamo kot,masa untuk berdendang ayu dah tamat!

Arghh!Aku nak marah tapi agak2 la..selepas sejam lebih menunggu,tuan kedai tu datang mintak maaf.Katanya, "Telur takde,baru pergi beli" as i ordered Nasi Goreng Pataya.Say what?Dah sejam lebih baru nak pergi beli telur!Ngeks betul la..Apasal kau tak cakap awal2??Aku boleh pergi kedai lain la.Aku mintak teh tarik,kau kasi aku air susu kuning!(teh tarik terlebih susu).

Well,Alhamdulillah akhirnya perut aku boleh diisi jugak tapi agak2 la weh..Kalau korang semua terus macam tu dalam perniagaan,aku rasa tak lama dah..Aku bukannya doakan yang buruk untuk korang semua tapi aku haishh..geram nih!Nasib baik la kakak tauke kedai tu kawan ayah aku.Boleh runding la jugak even dalam hati ni,aku rasa macam ombak mengganas nak meledak!(bahasa aku ni,jangan heran)

Telur datang lambat,hangus pulak tu.Kesian tekak aku kan.Sabar la ye tekak & perut.At least,kita dah kenyang kan?Memang aku takkan datang dah kedai kau weh!Selamat tinggal untuk selamanya~
pandangan menyampah..hehe

Anyway,thanks to Ijam for mentioning my blog name in his vlog:
Blog aku yang pertama disebut Ijam..dengar tak?hehe

Ok la penat..tidur dalam hati tak berapa senang.
Eh tak boleh,Bismillah..ya Allah,kau rahmatilah tidurku.
Bangunkanlah aku di pagi esok,moga aku masih berkesempatan hidup di dunia ini..Amin!

Dec 22, 2011

Ustaz Don di Terengganu~

kenal ni siapa?
nama seaneh orangnya..
Don Daniyal Don Biyajid..

Nama yang semakin kerap meniti dibibir manisku dan di mulut masinmu..Makin ramai blogger esp perempuan yang review pasal Ustaz Don..Aku ada jugak search pasal Ustaz Don ni..yela,asal mana? nama tu keturunan apa?Nak tahu apa yang aku tahu pasal Ustaz ni?Selepas pelbagai kajian dibuat,akhirnya aku tetap tak tahu..

Okeh aku tipu je..aku cuma search nama Ustaz Don di google dan bila aku tengok dalam first page takde apa2,aku terus blah..*betapa malasnya aku walaupun aku berhasrat* Okeh abaikan yang itu..Tv Al Hijrah dengan kerjasama kerajaan Terengganu anjurkan Karnival Al Hijrah dan Ustaz Don berada di sana sekarang..Tengok jam, *Ustaz Don tengah solat jumaat la*

Tengok jam lagi,pukul 3 nanti aku nak pergi Dataran Shahbandar untuk ketemu Ustaz Don.cett!Aku pun nak pergi tinjau2 jugak apa yang ada kan.Nak jumpa Irma Hasmie.Comelnya dia sekarang,memang berubah dan aku memang kagum.
gambar dari Twitter kak Irma
Okeh dah,Assalamualaikum!

p/s: Mood,datanglah engkau untuk berblogging..hampa~

Mungkin..Namun,Cukuplah..


Mungkin aku tak sebaik mereka
Mungkin aku tak secantik mereka
Mungkin aku tak sekaya mereka
Mungkin aku tak sebijak mereka

Tak siapa pedulikan aku
Tak siapa ingatkan aku
Tak siapa ingin tahu pasal aku
Tak siapa ingin membela aku

Kerna aku sememangnya begini
Kerna aku bukanlah mereka
Kerna aku adalah diriku
Kerna aku hanya ingin dipandang tinggi oleh Nya
alone, cute, girl, photography, pretty
Bukan pujian yang ku pinta
Bukan sanjungan yang ku dambakan
Bukan perhatian yang ku inginkan
Bukan,semuanya bukan jika sekadar dari kamu..

Namun aku juga manusia
Namun aku juga insan sepertimu
Yang terkadang resah dek sekeliling
Yang terkadang menyalahkan yang tidak sepatutnya

Apa lagi yang aku inginkan?
Apa lagi yang kau mahukan?
Apa lagi yang aku harapkan?
Apa lagi yang kau rintihkan?

Cukuplah segalanya..
Cukuplah wahai semua..
Cukuplah....

- khadijah

Senarai Blogger Korea

Assalamualaikum and a very pleasant day everyone!

Senarai blogger dibawah mungkin tidak seperti yang disangkakan.hehe Anyway,enjoy visiting them!

JUNG SANG WOO Satu-satunya ahli perempuan kumpulan Shinee.
JUNG EUN JAE Penganggur
CHOI YANG AE Penganggur
LEE EUN RI Budak yang syok makan kari 
KIM JE BYUNGAhli ke 10 SBSD,kekasih pertama Yong Hwa 
CHOI JE HWAMiss Korean 2011 and Nichkhun's wife-to-be 
SONG HYUN IN Joo Won's Girlfriend.
LEE SOO SEOK Pelajar Universti Seoul Korea,kekasih kedua Yonghwa 
SUNG SOO HEE  Penganggur
JUNG HYO WOO  Penganggur
PARK EUN WOOK  Tunang Lee Sungmin Super Junior AKA Isteri Yesung Super Junior 
SONG SANG AE  Penganggur
SUNG HYO KYO   B1A4 New Girl Member
SUNG JE SOO   Abang angkat kim hyun joong , doctor to be
SONG DONG BYUNG   Kekeliruan Identiti

KANG HYE WOO Bakal pelakon,didikan Kwon Sang Woo
KANG EUN SANGIsteri Jang Keun-Suk 
CHOI HA RIPeninju
LEE HYO SOOGirlfriend Jo KwangMin 
SHIN RAE SOO Engineer & Arkitek rumah KIM JOO WON dalam Secret Garden 
JUNG SOO SOO Penganggur
SHIN SOO AE Artis lelaki terbaru SMTOWN.

SELAMAT BERBLOGWALKING!HEHE
LINK2 DI ATAS ADALAH DARI SEGMEN INI <<

Dec 21, 2011

Segmen Saya Blogger Popular Korea

Assalamualaikum and a very pleasant day everyone!

Pernah terasa nak kenal blogger dari Korea dan teringin nak jadi blogger ala ala Korea?Ha..jom3 kita main satu permainan.Mula2 korang pilih nama blogger Korea anda.Sila pilih di bawah ye!Dan ikut arahan seterusnya nanti.Yang kat bawah ni aku copy dari sini < pinjam ye!nak main2 jap^_^

Surname
(Nombor terakhir tahun lahir korang.Macam aku 1994 jadi aku ambik no 4)
0: Park
1: Kim
2: Shin
3: Choi
4: Song
5: Kang
6: Han
7: Lee
8: Sung
9: Jung
Middle name
(Bulan lahir korang)

1: Yong
2: Ji
3: Je
4: Hye
5: Dong
6: Sang
7: Ha
8: Hyo
9: Soo
10: Eun
11: Hyun
12: Rae
Name
(Tarikh lahir korang)
1: Hwa
2: Woo
3: Joon
4: Hee
5: Kyo
6: Kyung
7: Wook
8: Jin
9: Jae
10: Hoon
11: Ra
12: Bin
13: Sun
14: Ri
15: Soo
16: Rim
17: Ah
18: Ae
19: Neul
20: Mun
21: In
22: Mi
23: Ki
24: Sang
25: Byung
26: Seok
27: Gun
28: Yoo
29: Sup
30: Won
31: Sub
Dah pilih?Bagus!Korang boleh letakkan nama korea dalam ruangan komen ye!Takyah buat entri,serabut jer.haha Dalam komen tu,korang perlu nyatakan apa2 yang berkaitan dengan korea.Tak paham?
Contoh Cik Teddy punya jawapan:
nama korea:Song Hyo Soo,teman wanita Lee Hong Ki dari kumpulan Ft Island.haha
Contoh kedua:
nama korea: Song Hyo Soo,blogger dan juga arkitek terkenal di Korea.
Dah faham?Korang boleh jadi apa2 sahaja asalkan berkaitan dengan Korea.Amekaw!Ramai sangat yang minat Korea,sebab tu aku buat game ni.Link blogger yang join aku akan letak dalam satu entri promosi.Kalau ramai join,aku asingkan.Jadi nanti korang yang menyamar sebagai blogger dari Korea akan diterjah oleh blogger Korea yang menyamar jugak.hehe Contohnya macam ni.

Song Hyo Soo -> blogger merangkap teman wanita Lee Hong Ki.

cuba korang klik nama Song Hyo Soo tu.Maknanya korang akan terjah blog cikteddycorner ni.See?Jadi,korang takkan tahu blog siapa yang korang terjah sebab cuma berdasarkan nama tu.Apa lagi?Jom join ramai2..wee~
UPDATE!!
SEGMEN DITUTUP LEBIH AWAL DARIPADA YANG DIRANCANG.
SO,SEGMEN INI TELAH TAMAT.
JOM TERJAH SENARAI PESERTA DALAM ENTRY TERBARU..
HARAP MAKLUM~
image

Dec 20, 2011

Dilema Skandal Doktor

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Dia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah,dia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

Sudahlah,tidak usah difikirkan.Skandal doktor menjalinkan hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Dia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…

image

Jom klik churp2 Cik Teddy.Satu klik amat bermakna.hehe

Aku Tujukan Santau Ini Untuk Kau!

Assalamualaikum and a very plesant day everyone!

Aku nak kupas isu santau boleh?Say what?Isu lapuk?Bagi aku TIDAK sama sekali sebab pada zaman sekarang ni pun masih ada yang mengamalkan amalan terkutuk ni.Haih,bertaubatlah wahai saudara..Ada tengok drama Tentang Dhia?Ha..mak Zikir yang moden tu pun masih amalkan santau nak bunuh ayah Dhia.Ok dah.Tapi macam mana nak elak daripada terkena santau?
Jom kita tengok petua yang aku rujuk dari IsuHangat

Pertama
Lekapkan kedua tangan anda di kedua belah telinga.Kebiasaannya akan mendengar bunyi angin tetapi jika tidak mendengar lebih baik kita jangan makan.
Kedua
Letak lidah ke langit-langit.Biasanya akan berasa geli tetapi jika tidak berasa geli ada sesuatu yang tak kena.
Ketiga
Gosok rambut kita dengan tangan,kebiasaannya akan terdengar bunyi geseran rambut dan jika tiada bunyi tersebut semasa kita nak makan, berhati-hatilah.
Yang diatas tu petua orang dulu-dulu.Jom kita tengok cara berlandaskan agama suci Islam yang aku rujuk DISINI <<

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Berdasarkan hadis ertinya :
Baginda saw telah berkata kepadaku : Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad(al-ikhlas),(surah anNas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.
( At-Tirmidzi)

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
Dalam sebuah dalil ertinya : 
Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga.(Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani)

4)Membaca doa ini pada setiap hari sebanyak 3 kali :
Bismillahillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami’ul ‘Alim.
Maksudnya: Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui.

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam
Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir (ayat no 285 dan 286) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya.
(Al-Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir:
La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai’in Qodir (sepuluh kali)
Bersabdalah Nabi saw: Barangsiapa menyebut :"Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu" sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam.”

7) Membaca : 
A’uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq
Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang:"Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk" nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu.

Tapi ada orang yang mempertikaikan kekuasaan Allah bila ahli keluarga mereka terkena santau.Ingatlah wahai saudaraku semua,yang terjadi itu adalah ketentuan dan qada' qadar Allah..Kita hanya mampu berikhtiar.Last and very the end,aku harap korang dapat ilmu yang bermanfaat daripada entri ini.
Wallualam..

Dec 19, 2011

Tips Memudahkan Pengunjung Blog Anda

Assalamualaikum and a very pleasant day everyone!

Cik Teddy nak kongsi tips sikit dengan kamu semua la(skema tak?).Anyway,Cik Teddy pun masih baru dalam dunia blog(tak sampai setahun lagi noh) tapi biarlah Cik Teddy nak kongsi kan?Ilmu harus dikongsi kan?hehe..Kali ni tips supaya pelawat blog anda gembira!wee~

Berat Blog
Berat blog sememangnya memainkan peranan penting.Yela,kalau blog berat sampai jenuh tunggu nak loading,siapa nak tunggu?Ye ke idok?Well,penantian satu penyeksaan kan?Banyak benda yang boleh pengaruhi berat blog korang.Nanti aku cakap ek.Sebelum tu,cuba check berat blog korang kat iWebtool.Faham2 la apa yang ditulis kat situ ye :)

Lagu.Perlu ke Tak?
Kalau pada pendapat aku la kan,aku rasa tak perlu la lagu ni even aku buat tutorial untuk youtube player berwarna tapi aku tak galakkan letak sebab kadang2 menyerabutkan.Well,laptop kita2 semua dah ada lagu.Satu lagi,pening jugak nak baca entri,lebih2 lagi entri yang agak panjang.Ada lagu pulak tu?Memang serabut.Lebih2 lagu kalau lagu yang korang letak tak kena dengan jiwa pembaca.Kalau aku pun,aku blah.

Widget: Yang penting & Tak Penting
Biasanya newbie memang mengalami keadaan ni.Excited nak letak banyak widget.Jam,kalendar,gambar entah apa2..Weh,semua tu aku dah ada la.Kat laptop aku ni pun boleh tengok la jam berapa.So,cara terbaik,buang la ye :) Widget2 tu sume menambahkan berat blog je.Orang pun jadi menyampah.Pening2..huhu

Kotak Follower
Ini satu lagi..Letak kotak follower tu atas sikit ye!Tolong la jangan letak kat footer.Tu la footer,bawah sekali pulak tu.Haih..penat aku scroll sampai bawah.Korang ni nak aku follow ke tak?Jauhnya letak kotak tu.Jadi sesape yang rasa blog dia macam tu,masanya untuk ubah kedudukan kotak terpenting tu ye :)

Ruang Komen
Ha,inilah elemen penting dalam blog.Blogger datang nak baca dan komen!Ruang komen tu tolonglah buat pop up ye!Dan yang paling penting buang semua word verification(pengesahan kata)..Memang spoil mood kalau ade benda ni.Tak tahu nak buat macam mana?Ikut Tutorial Ini.

Post per Page
Ini pun penting jugak.Berapa post nak letak dalam satu page ek?1 atau 2 pun dah ok.Tapi kalau satu post dalam satu page lagilah bagus.Cepat loading!Aku pun senang hati~ Tak tahu nak setting macam mana?Ikut Tutorial Ini.Dan kesannya blog anda akan lebih ringan,aku tak payah scroll banyak2.hehe

Layout blog
Layout(susun atur) pun penting ye duhai kawan2 semua!Kalau boleh pilih la yang terbaik.Korang suka tak layout blog aku ni?hehe.Aku rasa nilah layout terbaik dan kebanyakan blogger memang memilih layout ni.Sedap mata memandang.Kemas.Korang boleh ubah diruangan Design->Template Designer->Layout.

Welcome Note
Hoh!Benda yang paling aku tak suka nih!Banyak betul pak guard sebelum nak masuk blog,Tekan ok la,masuk nama la..macam2.Well,korang nak bagi aku masuk ke tak?Aku rasa welcome note tu tak perlulah even benda tu sangatlah comel.Dulu masa mula2 buat blog aku pakai jugak tapi tak sampai pun sebulan.Aku sendiri naik menyampah lorh~Hello!Aku jenguk blog hang..aku nak masuk baca dan komen.Takyah la ucap welcome sebab blog tu pun boleh dilawati oleh sesape je.Jadi tak perlu ok!Tapi blog GG ringan je even pakai jugak welcome note tu..GG,buang la ye :)Penat cik nak tekan..hehe

Warna,Font & Alignment
Warna yang korang guna setiap kali menaip entri.Warna terbaik hitam la kalau blog anda cerah dan sebaliknya.Korang pun boleh tengok kan,mata korang sedap tak nak baca entri yang korang buat tu.Jangan guna terlalu banyak warna dalam entri ye..Oh,thanks to PM sebab tegur warna blockquote cik hari tu.Masa tu cik masih edit template baru(denim).Tulisan pula jangan terlalu kecik dan tak terlalu besar.Korang tengok yang sesuai ok?Dan tolonglah jangan guna tulisan macam cacing.Faham tak?Ala..yang susah nak baca tu sebab kecik dan macam rambut kena bakar.hehe bak pepatah melayu,tulisan cakar ayam.Alignment pulak.Gunakan yang justify ok!Lebih kemas.Aku pun masih praktik ni.Terkadang lupa.Dalam gambar kat bawah Justify tu yang paling kanan bukan yang warna kuning tu ye!

Ehem2..penat deh nak taip.Aku rasa cukup untuk kali ni.Kalau ada lagi,nanti lain kali pulak eh..Huh,penat2!kalau ada yang terasa tu,harap diampun.Cik Teddy cuma berkongsi ye *kelip2 mata*
Ok la Assalamualaikum dan selamat beramal ye semua!
Need a Euro trip?here <<

Tutorial Scrollbar Serba Guna part 2

Assalamualaikum and a very pleasant day everyone!

Nak tahu scrollbar boleh digunakan untuk apa?klik Tuto Scrollbar Serba Guna part 1.Kali ni aku nak sambung kegunaan scrollbar yang lain.Mungkin korang dah tahu tapi aku nak share jugak :)

Scrollbar Untuk Blog
Tuto ni dimintak oleh adik Ainina Faseeha.Untuk pengguna google chroome,korang akan nampak scrollbar kat tepi blog aku ni yang berbelang hitam.Perhatian,aku guna Denim Template ye :)

Design    Edit Html    Klik expand widget templates
Klik ctrl F serentak dan cari kod  /* Header

copy kod di bawah ini dan pastekan di atas kod   /* Header tadi.
::-webkit-scrollbar {height:12px;width: 12px;background: url(URL YANG KORANG SUKA);}::-webkit-scrollbar-thumb {background-color: #100E0E;-moz-border-radius: 10px;border-radius: 10px;}
Untuk pengguna template lain sila ikut tuto dibawah ini.

Design    Edit Html    Klik expand widget templates
Ctrl+F cari kod   ]]></b:skin>
copy kod dibawah dan paste di atas kod  ]]></b:skin> tadi.
::-webkit-scrollbar {
height:12px;
width: 12px;
background: #FFFFFF;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-image:url(URL GAMBAR);
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
}}

Scrollbar Untuk Ruangan Komen
Tutorial ini hanya untuk pengguna denim template macam aku ye!
Design    Edit Html    Klik expand widget templates
ctrl F serentak dan cari kod  /* Comments
kemudian paste kod ini dibawah  /* Comments
#comments {
height:150px;
overflow:auto;
}
nanti kod tu semua akan jadi macam ni:
/* Comments
----------------------------------------------- */
#comments {
height:150px;
overflow:auto;
Dah siap semua?Preview dan save!Yang aku bold warnakan merah silalah tukar suka hati korang ye!

-Ini tutorial tambahan.Tuto yang dimintak oleh Afiqah.-
Cik Teddy cuma guna kod dibawah untuk background di sidebar..
<div style="background:url(URL BACKGROUND) repeat; repeat; padding: 5px; border:2pxdashed#000000; border-top-left-radius: 20px 20px; border-top-right-radius: 20px 20px; border-bottom-left-radius: 20px 20px; border-bottom-right-radius: 20px 20px;"><center></center>
Masukkan apa2 kod @ ayat
</div>
biru: boleh tukar jadi solid @ dotted.
pink: kod warna yang korang suka la..

brand new stylish Optima K5 here <<
start the New Year with this extraordinary event here <<