Dec 20, 2011

Aku Tujukan Santau Ini Untuk Kau!

Assalamualaikum and a very plesant day everyone!

Aku nak kupas isu santau boleh?Say what?Isu lapuk?Bagi aku TIDAK sama sekali sebab pada zaman sekarang ni pun masih ada yang mengamalkan amalan terkutuk ni.Haih,bertaubatlah wahai saudara..Ada tengok drama Tentang Dhia?Ha..mak Zikir yang moden tu pun masih amalkan santau nak bunuh ayah Dhia.Ok dah.Tapi macam mana nak elak daripada terkena santau?
Jom kita tengok petua yang aku rujuk dari IsuHangat

Pertama
Lekapkan kedua tangan anda di kedua belah telinga.Kebiasaannya akan mendengar bunyi angin tetapi jika tidak mendengar lebih baik kita jangan makan.
Kedua
Letak lidah ke langit-langit.Biasanya akan berasa geli tetapi jika tidak berasa geli ada sesuatu yang tak kena.
Ketiga
Gosok rambut kita dengan tangan,kebiasaannya akan terdengar bunyi geseran rambut dan jika tiada bunyi tersebut semasa kita nak makan, berhati-hatilah.
Yang diatas tu petua orang dulu-dulu.Jom kita tengok cara berlandaskan agama suci Islam yang aku rujuk DISINI <<

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Berdasarkan hadis ertinya :
Baginda saw telah berkata kepadaku : Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad(al-ikhlas),(surah anNas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.
( At-Tirmidzi)

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
Dalam sebuah dalil ertinya : 
Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga.(Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani)

4)Membaca doa ini pada setiap hari sebanyak 3 kali :
Bismillahillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami’ul ‘Alim.
Maksudnya: Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui.

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam
Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir (ayat no 285 dan 286) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya.
(Al-Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir:
La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai’in Qodir (sepuluh kali)
Bersabdalah Nabi saw: Barangsiapa menyebut :"Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu" sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam.”

7) Membaca : 
A’uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq
Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang:"Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk" nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu.

Tapi ada orang yang mempertikaikan kekuasaan Allah bila ahli keluarga mereka terkena santau.Ingatlah wahai saudaraku semua,yang terjadi itu adalah ketentuan dan qada' qadar Allah..Kita hanya mampu berikhtiar.Last and very the end,aku harap korang dapat ilmu yang bermanfaat daripada entri ini.
Wallualam..

22 Pemisah Kata:

eva said...

huhuhu.. mintak2 jauh dr semua tu.. sy slalu amal manzil utk kuatkan semangat.. sy ni penakut giler.. huhu

AtenIbrahim said...

info menarik :)

kim heeruul said...

sharing is caring .. =)
thankz .. =)

Khai_Sol said...

Wah,info yg sgt berguna,tq=)

Pendamba Mawar said...

berguna untuk PMsehari dua lagi ni

ADMIN said...

Mintak Dijauhkan sahaja.

Qil_Zawawi said...

thanz 4 sharing.,skng even zmn m0den still ramai yg gune care nih

Unknown said...

perkongsian yang baik..terima kasih..:)

HeyyAlifah said...

wah . trbaik laa cik teddy . :)

Anonymous said...

As'salam...nice entry n thanks 4 sharing =)

Zehan Ilyana said...

i really hate people yg suka guna bomoh2 ni..santau2 ni..
kenapala nak musnahkan hidup org lain? hmm..
anyway thanks for sharing this, cikteddy..:)))

iAmCekbolat said...

tengs syg cik tedy ^^

Anonymous said...

Wow...nice tips...
Sy bce entri kamu ni pkol 4 pagi,tbayang bnda tu,tiba2 cicak jatuh..
Perghhh tkejut giler...

Sya said...

nice sharing.. klu Allah x izinkn sesuatu prkre tu brlaku, mmg prkara tu x akan berlaku slagi Allah tak izinkn..

doa no. 4 tu slalu kat sklh psang speaker bsar2 spye smua murid ikut bce doa tu skali.. Alhamdullilah, sye igt doa tu.. hehe

*sorry komen punya pnjg.. XD

fafthin said...

terima kasiha atas petua yg sngt berguna :)

ak yuyunz said...

good info. boleh jadi rujukan.. thanks teddy! :)

Dart Hyda Osman said...

hmm sangat bagus la enrty ni..baru2 ni cakap2 ngan dengan ayah pasal santau ni..dia ada cakap baca bimillah 6 atau ada setengah sebut bismillah 7 untuk lindungi diri dari terkena santau..dalam ayat tu dia sebut bismillah 6 or 7 kali..bismillah tu katanya himpunan nama Allah..

TiNurSya said...

syieda suka tengok cerita tentang dhia! best best! :)
anyway, thanks eyh kasi petua tu. mintak mintak dijauhkan semua tu.

Mama Aishah said...

mintak dijauhkan semuanye

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

salamualaik..
info menarik..
follow u, follow wana jg ye..

Anonymous said...

heee... takot gak bab santau2 ni.. thanks for sharing :)

Juliet_iRa~" said...

ni msti sbb cte tentang dhia?hee
tgk cte tu mmg terfikir la ada lagi ek org y suka santau2 ni...hntar ilmu hitam kat org lain..

ayat kursi, surah 3 qul mmg ira amalkan..:)