Dec 14, 2011

Tips Atasi Rasa Malas..Jom Kongsi!


Have you ever feel that you are soooooo lazy on certain time?Pernah rasa tersangat malas macam Merlin tu?Sifat malas ni bukan satu yang elok malah dalam Islam kita amatlah digalakkan berusaha melawan sikap malas.Jadi,macam mana eh nak lawan?Lihat tips dibawah :)

Pertama : Doa dan perbanyakkan doa.
Doa ialah ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :
Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki. [al-Bukhari]
Antara doa Nabi juga :
Maksudnya : Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat.

Kedua : Lawanlah syaitan dan nafsu
Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.
Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan,‘malam masih panjang maka tidurlah’.Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan.Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya.Jika ia tidak (melakukan begitu),nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas.

Ketiga : Carilah ilmu
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya :Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak.
Lihat kepada kata-kata Nabi :“Sekiranya mereka mengetahui apakah ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu ibadat, kerana ia membantu kita menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.

Ayuh kita hilangkan sikap malas yang ada pada diri kita.

Jangan jadi pengikut syaitan dan nafsu, tetapi jadilah pengikut iman dan akal.

10 Pemisah Kata:

Anonymous said...

Nice Tips..

ain soofiyah said...

wah nice... ske2!!

mohdhazlan Dreadlock said...

miskin bkn krn bodoh ...tapi malas ...jauhi malas ...

Pendamba Mawar said...

baik nye tips

khairul akmal bin azman said...

lawan nafsu yg lbh n payah tue..
hehe

azizi said...

tengs cik .. info berguna :D

kim heeruul said...

betul tu baca doa..=)

Niahix_01 said...

terbaek la... suke2... ^_^

Unknown said...

terima kaseh siti

Rul said...

tips yang bagus.

*singgah blog.
http://sempoi9.blogspot.com/